fb fb fb fb fb

Bekas Perdana Menteri Mali meninggal dunia

MALI, 23 Mac- Bekas Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubèye Maïga yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah telah meninggal dunia.

Keluarga beliau sebelum ini kerap mengkritik junta kerana mendakwa sering menafikan hak Maïga untuk mendapatkan rawatan.

Maiga menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bamako.

(Bekas Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubèye Maïga/AFP)

Kerajaan dalam kenyataannya memaklumkan Maiga meninggal dunia akibat sakit berpanjangan.

Bekas Perdana Menteri itu ditahan Ogos lalu bagi membantu siasatan berkaitan pembelian jet untuk kegunaan presiden ketika itu, Ibrahim Boubacar Keïta.

Kesalahan didakwa dilakukan Maigha pada 2014 ketika menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Beliau meletak jawatan selaku Perdana Menteri pada 2019. -AFP

Media Baharu