TUNASIA, 23 Mac- 95 orang cedera akibat nahas membabitkan dua kereta api penumpang di selatan ibu negara Tunisia.
Namun, kebanyakan mangsa tidak mengalami kecederaan yang boleh mengancam nyawa.
Menurut Jurucakap Pertahanan Awam, Moez Triaa, mereka yang cedera dibawa ke hospital dan tiada korban jiwa.
Kemalangan itu dilaporkan pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan di kawasan Jbel Jelloud di selatan Tunis.
Hanya satu daripada dua kereta api membawa muatan penumpang dan sebuah lagi kosong.
Bagaimanapun, punca nahas belum diketahui secara jelas.
(Sistem kereta api Tunisia yang sudah lama menyebabkan kemalangan/AFP)
Sistem kereta api Tunisia yang sudah uzur menyaksikan beberapa kemalangan maut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada akhir 2016, lima orang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila kereta api merempuh bas awam.
Tahun sebelumnya, satu bencana kereta api terburuknya, dengan 18 orang maut apabila sebuah kereta api melanggar lori di selatan ibu negara Tunisia. -AFP