fb fb fb fb fb

FIFA buka penyertaan sukarelawan Piala Dunia Qatar 2022

DOHA, 23 Mac- Persekutuan Bolasepak Dunia, FIFA mengumumkan membuka permohonan untuk menyertai program sukarelawan bagi Piala Dunia Qatar 2022.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis khas yang diadakan teater terbuka di Perkampungan Budaya Katara di Doha.

Sekumpulan pemain bola sepak legenda turut serta pada majlis itu dan menjemput sukarelamwan berpotensi untuk menyertai program.

Ia bakal menjadi aktiviti sukarelawan terbesar dalam sejarah Qatar.

Sejumlah 20 ribu sukarelawan yang akan bertugas merentasi 45 kawasan di tapak rasmi dan tidak rasmi seperti stadium, tapak latihan, lapangan terbang, zon peminat, hotel dan hab pengangkutan awam.

(Piala Dunia Qatar 2022 bakal menjadi aktiviti sukarelawan
terbesar dalam sejarah negara itu/AFP)

Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada 1 Oktober 2022 dan mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan bahasa Arab sebagai satu kelebihan.

Pengalaman tidak diperlukan dan calon daripada pelbagai latar belakang dari seluruh dunia dijemput untuk memohon.

Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung pada 21 November hingga 18 Disember, namun sebahagian sukarelawan akan memulakan tugas dari 1 Oktober. -AFP

Media Baharu