fb fb fb fb fb

Kapal layar terbalik di Teluk San Francisco

SAN FRANCISCO, 23 Mac- Pasukan lumba kapal layar Amerika Syarikat, terbalik di Teluk San Francisco, Amerika Syarikat.

Pasukan itu sedang menjalani latihan menjelang musim akhir perlumbaan Mubadala United Sail Grand Prix pada 26 dan 27 Mac ini.

Kesemua atlet yang berada di atas kapal layar berkenaan selamat berikutan insiden itu.

Kapal pasukan F50 itu hanya mengalami sedikit kerosakan.

Peluncur ombak besar legenda, Kai Lenny berada di atas kapal berkenaan ketika kejadian dengan juara luncur, Jamie O'Brien berada dalam kapal berhampiran menyaksikan insiden itu.


(Peluncur ombak besar legenda, Kai Lenny -AFP)

Kapal itu terbalik disebabkan masalah sistem yang menyebabkan sayap layar tidak berfungsi dengan betul.

Selepas pemeriksaan, pasukan itu akan meneruskan latihan untuk bersedia menghadapi musim akhir perlumbaan hujung minggu ini.

Pasukan Amerika Syarikat itu adalah salah satu daripada dua pasukan yang telah mengesahkan tempat dalam perlumbaan terakhir menentang pasukan Australia dan satu lagi pasukan yang belum ditentukan untuk penentu juara. -AFP

Media Baharu