fb fb fb fb fb

Ibadah haji, jumlah jemaah sedang dimuktamad

(GAMBAR FAIL)

JEDDAH, 22 Mac - Jumlah umat Islam yang dibenarkan mengerjakan haji tahun ini belum dimuktamad.

Ketika ini, usaha penelitian dilaksana Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bersama Kementerian Kesihatan.

(Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah/Gambar Fail)

Menurut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah penelitian menerusi pelbagai aspek dilakukan bagi mengenal pasti kuota jemaah haji tahun ini.

"Perkara utama yang jadi perhatian adalah keselamatan para jemaah," katanya pada Persidangan dan Pameran Haji serta Umrah di Jeddah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan seluruh kawasan Mataf Masjidilharam bakal dibuka semula dalam masa terdekat.

Ia membolehkan lebih ramai jemaah hadir ke masjid paling suci itu.-AFP

Media Baharu