fb fb fb fb fb

Konflik Ukraine-Rusia:Rusia diberi amaran jangan guna senjata kimia

(FOTO AFP)

BRUSSELS, 22 Mac - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengingatkan Rusia untuk tidak menggunakan senjata kimia dalam perang di Ukraine.

Amaran dikeluarkan kerana badan itu mendakwa Rusia memiliki rekod menggunakan senjata kimia dalam konfrantasi terdahulu.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa penggunaan senjata kejam itu merupakan pelanggaran secara terang-terangan kedua-dua undang-undang antarabangsa dan larangan senjata kimia.

(Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg/AFP)

Pertubuhan terbabit mendakwa senjata terbabit diguna Rusia ketika menentang seteru politik mereka selain menyokong rejim Bashar al-Assad di Syria.

“Justeru, NATO perlu menghalang konflik berdarah dan ngeri ini (Ukraine) daripada berkembang menjadi perang skala penuh antara NATO dan Rusia yang berisiko melibatkan Amerika Syarikat (AS) secara langsung,” kata Stoltenberg.

Kenyataan itu dikeluarkan NATO selepas Duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield memaklumkan bahawa negara Uncle Sam itu akan bertindak balas secara agresif sekiranya Rusia menggunakan senjata kimia ke atas Ukraine.-AFP

Media Baharu