WUZHOU, 22 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal mengesan sebarang petunjuk yang membuktikan ada penumpang atau krew yang terselamat.
Operasi SAR di lokasi nahas berhampiran bandar Wuzhou itu dilakukan pasukan penyelamat sejak semalam.
Setiap serpihan pesawat yang ditemukan dikumpul selain mengesan sekiranya ada petanda menunjukkan terdapat mangsa yang selamat. Bagaimanapun setakat ini, tiada petunjuk positif ditemukan.
Cuaca hujan yang diramal minggu ini di lokasi nahas dijangka menyukarkan lagi operasi SAR.
Pasukan penyelamat juga berdepan kesukaran kerana kawasan nahas dikelilingi gunung dengan hanya satu denai sempit sebagai jalan masuk.
Pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines itu dilapor membawa 132 penumpang dan kru.-AFP