(Mangsa cedera nahas tiga kereta api berhampiran Balasore dirawat di
Hospital Kerajaan Soro di Odisha, India/AFP)
NEW DELHI, 4 Jun- Pihak yang bertanggungjawab dalam nahas tiga buah kereta api berhampiran Balasore di Odisha, India yang meragut sekurang-kurangnya 288 nyawa pada Jumaat sudah dikenal pasti, menurut Menteri Kereta Api India, Ashwini Vaishnaw.
Ashwini berkata, punca nahas yang disifatkan antara paling teruk di negara dalam tempoh lebih 20 tahun itu mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.
“Terdapat peralihan semasa penguncian antara elektronik, kemalangan berlaku disebabkan itu.
"Kami telah mengenal pasti punca kemalangan dan mereka yang bertanggungjawab ke atasnya, tetapi adalah tidak wajar untuk memberikan butiran sebelum laporan penyiasatan selesai,” katanya kepada agensi berita ANI di sini.
Angka kematian dijangka meningkat melebihi 288 orang.
Ketua Setiausaha Negara Odisha, Pradeep Jena mengesahkan bahawa kira-kira 900 orang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
(Ashwini Vaishnaw (kelabu) tiba di tapak kemalangan tiga kereta api
berhampiran Balasore, India/AFP)
Artikel berkaitan:
Angka kematian perlanggaran kereta api di India bertambah
Malaysia ucap takziah, nahas kereta api di India
Nahas tiga kereta api: Ahli keluarga 'kecewa' lihat keadaan mayat