(Foto Reuters)
VALLESACCARDA, 4 Jun- Seorang maut, manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bas membawa sejumlah 38 penumpang terlibat kemalangan jalan raya di Itali pada Ahad.
Menurut bomba, kemalangan itu berlaku di lebuh raya A16 yang menghubungkan Naples ke Canosa yang turut melibatkan lima kenderaan lain.
Bas terbabit dikendalikan firma bas jarak jauh Jerman FlixBus, memulakan perjalanan pada Sabtu dari bandar Lecce ke Rom. -Reuters
(Foto Reuters)