fb fb fb fb fb

Kereta kayu 2CV akan dilelong RM985,320

(Kereta kayu Citroen 2CV mampu bergerak seperti model asal/AFP)

MONTBAZON, 4 Jun- Kereta kayu model ikonik Citroen 2CV akan dilelong dengan harga sekitar €150,000 hingga €200,000 (RM738,990-RM985,320) di sini, Perancis pada Ahad.

Pereka kabinet profesional, Michel Robillard yang juga pencipta replika kayu Citroen 2CV itu berkata, kereta unik tersebut dianggap seperti anak perempuannya yang diberi nama ‘La Belle Lochoise’.

Idea membangunkan ‘La Belle Lochoise’ bermula pada 2011 dan diperkenalkan kepada umum pada 2017 dengan kehadiran 2,000 orang.

Sementara itu, pihak lelongan, Aymeric Rouillac mengakui kereta berkenaan mampu menarik ramai pembeli.

"Ia lebih daripada sebuah kereta, ia adalah karya seni. Saya mempunyai beberapa rujukan yang membolehkan saya meletakkan harga padanya. Rekod dunia untuk 2CV ialah €172,000.

“Saya rasa kereta ini mempunyai semua kualiti yang boleh mendekati rekod itu. Mengapa tidak mengalahkannya? Kami berani anggaran ia bernilai €150,000 hingga €200,000. Saya tidak fikir kami membuat kesilapan, kerana ia ramai peminatnya,” katanya di sini. -AFP

(Michel Robillard dan replika Citroen 2CV buatannya/AFP)

Media Baharu