fb fb fb fb fb

Nahas kereta api India, 275 orang maut

(Foto AFP)

BALASORE, 5 Jun- Seramai 275 orang maut dalam insiden perlanggaran tiga kereta api di Balasore, India.

Angka kematian rasmi itu dikeluarkan kerajaan India berbanding laporan sebelum ini yang mengatakan 288 orang maut.

Ketua Setiausaha Negara Odisha, Pradeep Jena berkata kejadian tersebut terburuk sejak dua dekad di India.

"Terdapat laporan bertindih beberapa mangsa maut diterima.

"Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pencarian mangsa.

"Pekerja dengan jentera berat sedang membersihkan landasan dan kereta api yang rosak serta kabel elektrik.

"Perkhidmatan kereta api akan beroperasi semula pada Rabu ini," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, perkhidmatan kereta api di India membawa lebih 13 juta penumpang setiap hari dan keadaan infrastruktur yang telah berusia dikatakan sebagai punca kemalangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang menyiasat sistem pengurusan trek elektronik yang disyaki tidak berfungsi. - REUTERS


(Foto AFP)

Media Baharu