KHARTOUM, 5 Jun - Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi hari ini membuat desakan baharu untuk rundingan gencatan senjata antara jeneral-jeneral Sudan yang berperang ketika pertempuran sengit kini memasuki minggu kelapan.
Menerusi satu kenyataan, kedua-dua negara itu menyatakan pihaknya sudah menghubungi pihak terbabit dan perbincangan tertumpu kepada usaha memudahkan bantuan kemanusiaan.
Pertempuran bertambah dahsyat di ibu kota Khartoum, dengan askar-askar tambahan dikerahkan tentera tetap Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera kekal di bandar pesisir pantai Saudi Jeddah walaupun rundingan gencatan senjata sebelum ini gagal, kata kementerian luar negara itu.
Pertempuran itu sudah memasuki minggu kelapan dan beberapa perjanjian gencatan senjata gagal dipatuhi.
Washington mengenakan sekatan ke atas kedua-dua jeneral pasukan yang berbalah sambil menuduh mereka atas pertumpahan darah yang dasyat.
Perebutan kuasa sejak 15 April lalu itu mencetuskan krisis kemanusiaan yang semakin bertambah buruk di Sudan.
Lebih 1.2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal dengan seramai 400 ribu yang lain melarikan diri ke negara-negara jiran.
Ada yang khuatir konflik berterusan di Sudan boleh menjejaskan kestabilan serantau. - AFP
(Kepulan asap tebal kelihatan di sekitar lapangan terbang Khartoum pada 15 April lalu, di tengah-tengah pertempuran di ibu negara Sudan/FOTO AFP)