(Foto hiasan)
CONAKRY, 5 Jun- Sekurang-kurangnya tujuh orang pelajar perempuan di Guinea maut selepas bot yang dinaiki terbalik.
Pelajar-pelajar itu sedang menyeberangi sungai Niger di timur laut Guinea di Afrika Barat untuk mengambil peperiksaan kemasukan sekolah menengah yang bermula pada hari Isnin.
"Kami terkejut dengan berita buruk ini bahawa tujuh pelajar kehilangan nyawa mereka," kata Menteri Literasi dan Pendidikan Prauniversiti, Guillame Hawing, kepada pemberita ketika beliau dalam lawatan ke wilayah itu untuk mengadakan peperiksaan.
Pegawai keselamatan Mamadi Keita, memberitahu AFP salah seorang ahli keluarganya adalah antara mereka yang maut.
(Foto hiasan)
"Dia dan rakan sekelasnya pergi ke seberang sungai Niger untuk ujian pertama bagi peperiksaan kemasukan ke tahun ketujuh sekolah", katanya.
"Mereka menaiki bot yang lebih muatan tenggelam yang sarat penumpang dan barangan," katanya sambil menangis melalui panggilan telefon.
Sumber tempatan yang enggan dikenali, memberitahu bahawa jumlah kematian adalah maklumat awal dan usaha mencari lebih banyak mangsa terlibat masih dijalankan.-AFP