(Foto Bomba Selangor)
SUNGAI BESAR, 6 Jun- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter petang semalam.
Insiden berlaku di kediaman keluarga mangsa di Taman Seri di sini.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.25 petang berhubung insiden tersebut.
"10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar telah dihantar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan.
"Anggota segera bertindak mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Bomba Selangor)