fb fb fb fb fb

Wanita Malaysia hilang di Thailand

(Foto 彩云)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Seorang wanita warga Malaysia dilaporkan hilang di Thailand selepas gagal dijejaki ahli keluarganya sejak beberapa hari lepas.

Mangsa dikenali Angie Chona Sum Yee, berusia 22 tahun.

Menerusi Facebook ibu mangsa, Zhu Caiyun berkata lokasi terakhir Angie di Chiang Mai.

"Angie yang bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu atas urusan kerja.

"Terdapat pekerja daripada syarikat sama akan menemui Angie ketika di Thailand.

"Angie telah memuat naik beberapa keping gambar di sekitar Chiang Mai, daerah Mae Sai, Chiang Rai, termasuk kawasan pintu sempadan antara Mae Sai dan Myanmar.

"Gambar itu dimuat naik Angie di Facebook peribadinya sebelum beliau hilang tanpa dikesan.

"Kali terakhir Angie aktif di aplikasi WhatsApp adalah pada pukul 10.00 malam, Khamis lalu.

"Sejak daripada itu, beliau tidak membalas atau membaca sebarang mesej dihantar," katanya.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu pihak berkuasa menjejakinya.


(Foto 彩云)

Media Baharu