fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada sesi awal dagangan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya lebih rendah pagi ini walaupun pasaran tunai asas mempamerkan pemulihan.

Pada pukul 9.18 pagi, Jun 2023 turun 2.0 mata kepada 1,379.5, Julai 2023 susut 1.5 mata kepada 1,381.0 dan Disember 2023 merosot 1.0 mata menjadi 1,367.0, manakala September 2023 menambah 1.0 mata kepada 1,370.0.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing berjumlah 687 lot dan 37,952 kontrak.

Pada pukul 9.35 pagi, FBM KLCI susut 0.63 mata untuk mencapai paras 1,380.63 daripada 1,381.26 pada penutup Jumaat.- BERNAMA


(Foto Hiasan)

Media Baharu