fb fb fb fb fb

Penurunan kadar defisit fiskal tidak harus mendadak - PM

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Penurunan kadar defisit fiskal yang terlalu mendadak akan menjejaskan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini terutama menerusi projek-projek pembangunan khususnya pendidikan, kesihatan dan prasarana desa.

"Dalam hal ini, Indonesia juga telah mengurangkan defisit fiskal dengan lebih ketara. Sasaran defisit fiskal Indonesia tahun 2021 asalnya pada kadar 5.7 peratus tetapi mencapai kadar 4.6 peratus. Jadi daripada segi itu Indonesia lebih tegas, kita hanya menurunkan sejak tahun lalu. Kerajaan memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih beransur-ansur. Penurunan kadar defisit tidak harus mendadak kerana boleh menjejaskan projek pembangunan terutamanya pendidikan kesihatan dan pelaksana desa," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan wakil Putrajaya Dr Radzi Jidin di Dewan Rakyat di sini.

Anwar berkata kejatuhan kadar pertukaran ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat sebahagian besarnya didorong pengukuhan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Namun, ia tidak harus dijadikan pengukur kedudukan ekonomi negara.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu