fb fb fb fb fb

Nahas pokok tumbang, lima penumpang bas maut

Foto Media Sosial

COLOMBO, 6 Oktober- Lima penumpang maut di Sri Lanka pada Jumaat apabila sebatang pokok besar tumbang menghempap sebuah bas, di tengah-tengah ibu negara, Colombo.

Menurut polis, seramai sembilan mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian berlaku.

"Bas itu berhenti di hentian Kollupitiya untuk mengambil lebih ramai penumpang apabila pokok itu tumbang di atasnya."

"Hujan turun semalaman dan pokok itu menjadi tidak stabil," kata seorang pegawai polis kepada AFP.

Satu siasatan dijalankan pihak polis bagi menentukan punca sekali gus menilai pematuhan organisasi perbandaran itu terhadap penyelenggaraan pokok-pokok secara sempurna di kawasan jajarannya.

Sri Lanka merekodkan purata kira-kira tujuh orang terbunuh di jalan raya setiap hari.

Tahun lalu, seramai 2,536 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara pulau itu.- AFP


(Foto Media Sosial)

Media Baharu