fb fb fb fb fb

Banjir kilat di India, ragut 40 nyawa

FOTO AFP

NEW DELHI, 6 Oktober- Sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam banjir kilat yang melanda Sikkim, negeri di timur laut India pada Jumaat.

Menurut pegawai, pasukan tentera dalam usaha untuk menyelamat ribuan mangsa yang terkandas dalam banjir menggunakan aset helikopter.

Para saintis iklim memberi amaran bahawa bencana serupa dijangka berulang malah lebih teruk di seluruh Himalaya akibat peningkatan suhu global dan ais cair.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui lebih banyak mayat pada awal pagi, ketika air deras bergerak ke kawasan luar bandar, menuju Teluk Bengal.

"Sembilan belas mayat telah ditemui di negeri Sikkim," kata V.B. Pathak, penjawat awam tertinggi kepada AFP.

Majistret daerah di Bengal Barat, Shama Parveen berkata bahawa tambahan 21 mayat telah ditemui di negerinya sejak tiga hari lalu.

Hampir 8,000 yang lain berlindung di kem bantuan sementara yang ditubuhkan di sekolah, pejabat kerajaan dan rumah tumpangan, menurut buletin kerajaan negeri.

"Mungkin terdapat peluang untuk pemindahan pelancong yang terkandas dengan helikopter dengan keadaan cuaca bertambah baik pada hari Jumaat," tambah kenyataan itu.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu