fb fb fb fb fb

Nahas kereta api barang bertembung lori di Rusia, pemandu maut

Foto Reuters

WILAYAH SMOLENSK, 26 September- Sebuah kereta api barang bertembung dengan sebuah lori di persimpangan landasan berhampiran stesen Ryzhikovo, wilayah Smolensk pada Jumaat.

Menurut Kementerian Kecemasan Rusia, kemalangan yang berlaku kira-kira 100 kilometer ke barat Moscow itu menyebabkan beberapa gerabak tergelincir, dengan lapan daripadanya terbakar.

Lebih 40 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran, menurut perkhidmatan kecemasan.

Media tempatan melaporkan pemandu lori terkorban dalam nahas tersebut manakala tiada mangsa lain dilaporkan cedera atau maut. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM