fb fb fb fb fb

Nahas helikopter: Enam terkorban di Himalaya

(Foto hiasan/AFP)

NEW DELHI, 18 Oktober - Sebuah helikopter yang membawa enam penumpang ke Kedarnath di wilayah Himalaya, India terhempas.

Ketua Polis Uttarakhand, Ashok Kumar berkata kesemua mangsa termasuk juruterbang terkorban.

Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi urusan menyelamat.

Katanya, masih terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan, namun cuaca buruk boleh menjadi faktor nahas tersebut.

Rakaman daripada Reuters menunjukkan kepulan asap dari lokasi yang dikelilingi bukit.-REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu