fb fb fb fb fb

Nahas bas di Peru, 19 lagi maut

Foto Fail

LIMA, 21 Mei- Kemalangan melibatkan dua bas mini di Peru beberapa hari lalu telah menyebabkan 19 orang maut.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 10 orang maut selepas bas dinaiki mereka dirempuh treler di wilayah tengah Pasco, semalam.

Kemalangan itu turut menyebabkan 16 orang lagi mengalami kecederaan.

"Di Ancash pula, sembilan orang maut manakala enam lagi cedera selepas bas dinaiki mereka menjunam dari cerun yang tinggi pada Ahad lalu," menurut kenyataan itu.

Minggu lalu,  seramai 16 orang maut apabila bas dinaiki mereka terjatuh ke kawasan pergunungan.

Kemalangan melibatkan bas turut menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang maut bulan lalu, selepas bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung.

Kemalangan sebegitu kerap berlaku di Peru berpunca daripada pemanduan melebih had laju, keadaan jalan yang teruk dan kekurangan papan tanda amaran.

Peru mencatatkan lebih 3,130 kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2023.

Sebanyak 70 peratus daripada kemalangan disebabkan faktor manusia seperti ketidakcekapan pemandu atau keletihan, menurut data rasmi. -AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM