fb fb fb fb fb

Naga gergasi terbakar ketika pertunjukan di Disneyland California

CALIFORNIA, 23 April- Sebuah patung naga gergasi terbakar semasa pertunjukan di taman tema Disneyland California pada Sabtu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan prop gergasi itu terbakar semasa persembahan 'Fantasmic!' iaitu pertunjukan air dan bunga api pada waktu malam.

Kejadian berkenaan disaksikan pengunjung dari kawasan tontonan di tepi pantai.

(Patung naga gergasi terbakar ketika persembahan 'Fantasmic!'
di Disneyland California / Foto REUTERS)

Menurut laporan media tempatan, kebakaran tersebut menyebabkan orang ramai dipindahkan dan taman tema tersebut ditutup.

Jabatan Bomba Anaheim memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran belum diketahui.-REUTERS

Media Baharu