fb fb fb fb fb

Penduduk UK berdepan tekanan akibat inflasi, ada yang mula mencuri

UNITED KINGDOM, 23 April- Penduduk di United Kingdom (UK) merasai tekanan kenaikan harga makanan dan minuman susulan kadar inflasi yang tinggi secara berterusan.

Data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) pada Rabu menunjukkan Inflasi Harga Pengguna (CPI) di negara itu turun kepada 10.1 peratus pada Mac berbanding 10.4 peratus pada Februari.

Harga makanan dan minuman telah meningkat 19.1 peratus berbanding setahun lalu, menandakan peningkatan terbesar dalam tempoh 45 tahun.

(Penduduk di UK membeli buah-buahan dan sayuran di gerai di bandar itu / Foto REUTERS)

Kenaikan itu telah menjejaskan kuasa beli rakyat Britain, yang gajinya meningkat lebih perlahan daripada inflasi.

Pengguna yang mengalami masalah kewangan beralih kepada pembelian barangan berdiskaun dan mengurangkan kunjungan ke restoran.

Malah ada yang mula mencuri makanan daripada peruncit, memaksa kedai meletakkan peranti antikecurian pada semua barangan.-REUTERS

Media Baharu