fb fb fb fb fb

Musim menuai tertangguh, Indonesia terpaksa import 1.6 juta tan beras

Foto AFP

JAKARTA, 15 Februari- Indonesia akan mengimport 1.6 juta tan beras bagi memenuhi keperluan domestik.

Langkah itu berikutan musim menuai yang tertangguh selama dua bulan.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata musim menuai sepatutnya pada Mac hingga April namun ditunda ke bulan April, Mei dan Jun.

Situasi telah menyebabkan pengeluaran berkurangan dan mendorong Jakarta untuk mengimport beras.

Kerajaan akan meningkatkan pengedaran bekalan beras daripada 150,000 tan kepada 250,000 tan untuk menampung keperluan rakyat.

Harga beras meningkat di seluruh Indonesia, dengan beras gred sederhana dijual pada Rp16,000 rupiah sekilogram manakala beras gred premium berharga Rp17,000 rupiah sekilogram di Magelang, Jawa Tengah.

Harga itu dijangka kekal tinggi sehingga Mac.

Tahun lepas, Indonesia mengalami penurunan 2.05 peratus penghasilan beras dari wilayah pengeluaran utamanya, berikutan kemarau teruk akibat fenomena El Nino.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM