fb fb fb fb fb

Mumia makhluk asing didedahkan di Mexico

(FOTO REUTERS)

MEXICO CITY, 14 September- Mumia yang dikatakan 'bukan manusia' telah didedahkan pada sidang kongres awam pertama Mexico mengenai Fenomena Anomali Tidak Dikenalpasti (UAP), juga dikenali sebagai UFO.

Dua mumia yang ditemui pada 2017 di Peru berusia 700 dan 1,800 tahun, dengan hanya tiga jari pada setiap tangan dan mempunyai bentuk kepala memanjang.

Wartawan dan penyelidik Mexico Jaime Maussan, berkata ia adalah satu demonstrasi jelas bahawa mumia yang dipamerkan itu adalah spesimen bukan manusia.

Maussan turut memberi keterangan dengan akuan bersumpah.

Dakwanya lagi, hampir satu pertiga DNA daripada jasad tersebut kekal misteri sehingga ke hari ini, lapor media tempatan.

Namun, dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh ‘pakar mahkluk asing’ itu tidak dapat dibuktikan.

Sebelum mendedahkan jasad terbabit, Maussan telah menunjukkan beberapa video yang menampilkan ‘UFO dan fenomena anomali yang tidak dapat dikenalpasti’ kepada pegawai-pegawai dari Amerika Syarikat serta ahli-ahli kerajaan Mexico.

Persidangan itu bertujuan untuk memutuskan fenomena tersebut dalam Undang-undang Perlindungan Angkasa Udara, yang akan menjadikan Mexico sebagai negara pertama di dunia yang mengakui kehadiran makhluk asing di planet ini, lapor media tempatan. -REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu