LOS ANGELES, 14 September- Emma Coronel Aispuro, isteri kepada raja dadah Mexico yang dipenjarakan Joaquin "El Chapo" Guzman, dibebaskan pada Rabu selepas menjalani hukuman penjara hampir dua tahun kerana mengedar dadah dan pengubahan wang haram.
Coronel berusia 34 tahun dibebaskan ddi Long Beach, California, menurut Biro Penjara Persekutuan.
Bekas ratu cantik yang berkahwin dengan El Chapo itu, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh hakim AS pada November 2021.
Guzman diekstradisi dari Mexico ke Amerika Syarikat pada 2017 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Julai 2019.
Semasa perbicaraannya, pendakwa raya dan peguam belanya berkata Coronel tidak terlibat dalam perniagaan Guzman, yang menghantar ratusan tan kokain, heroin, methamphetamine dan dadah lain ke Amerika Syarikat.
"Peranan sebenar defendan adalah minimum," kata pendakwa raya Anthony Nardozzi.
"Defendan bukan seorang ketua, penganjur, bos atau pengurus," kata Nardozzi.
Coronel, yang membantu Guzman melarikan diri pada 2015 dari penjara Mexico, kerap menghadiri perbicaraan suaminya di New York.
Mempunyai dua kewarganegaraan, Coronel bebas bergerak masuk dan keluar dari Amerika Syarikat- Mexico dengan bebas sehingga dia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles pada Februari 2021.-AFP
(Emma Coronel Aispuro / AFP)