fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Vietnam lawat mangsa kebakaran

HANOI, 14 September - Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh melawat bangunan pangsapuri yang terbakar, dengan meragut 56 nyawa dan 37 lagi cedera.

Kebakaran itu berlaku pada waktu malam di bangunan pangsapuri sembilan tingkat di Hanoi yang menempatkan kira-kira 150 penduduk, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA) rasmi.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 2 pagi (1900 GMT).

Chinh juga melawat mangsa yang menerima lawatan di hospital.

Dalam lawatan itu, Chinh menggesa supaya peraturan anti kebakaran dilengkapkan semua di bangunan pangsapuri dan di kawasan kediaman yang mempunyai penduduk padat.

Sementara itu, polis telah menahan pemilik bangunan itu, Nghiem Quang Minh dan mendawa dia melanggar peraturan pencegahan kebakaran, kata Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan.

Siasatan berhubung kejadian itu masih dalam siasatan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu