fb fb fb fb fb

Mogok pekerja: Menteri Buruh cadang perunding khas selesai kemelut

Foto REUTERS

MONTREAL, 16 Oktober-Menteri Buruh Kanada, Steve MacKinnon pada Selasa mencadangkan pelantikan perunding khas bagi menyelesaikan isu mogok pekerja pelabuhan negara itu dalam tempoh 90 hari.

MacKinnon berkata bahawa tidak akan ada mogok atau sekatan kerja semasa tempoh rundingan akhir, menurut satu hantaran di X.

Rundingan antara Persatuan Majikan Maritim (MEA) dan kesatuan Pekerja Dermaga Montreal masih menemui jalan buntu susulan isu gaji.

Kedua-dua pihak perlu mengemukakan maklum balas kepada Kementerian Buruh selewat-lewatnya pada Jumaat ini, 18 Oktober, menurut kenyataan MEA.

Mogok tersebut telah menjejaskan terminal Viau dan Maisonneuve, yang menyumbang kira-kira 40% daripada trafik kontena pelabuhan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD