fb fb fb fb fb

Modenisasi China manfaatkan syarikat AS- Xi Jinping

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen /FOTO AFP

BEIJING, 15 Disember - Presiden China, Xi Jinping berkata modenisasi China bakal memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS), lapor media kerajaan pada Jumaat dalam perutusan sempena ulangtahun ke-50 Perniagaan China-AS.

Perutusan berkenaan dibacakan pada Makan Malam Gala yang diadakan di Washington ketika Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menuduh Beijing melaksanakan amalan ekonomi yang tidak adil.

Syarikat AS telah lama mengkritik amalan perniagaan yang tidak adil dilaksanakan China dengan perlindungan terhad terhadap harta intelek dan keutamaan layanan terhadap pesaing domestik.

Namun, dalam surat Xi, Presiden China tersebut menegaskan bahawa China akan tidak berganjak menggalakkan pembukaan perniagaan peringkat tinggi kepada dunia luar, dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, serta peraturan berasaskan undang-undang antarabangsa.

"Modenisasi China akan membawa banyak peluang kepada syarikat global termasuk syarikat Amerika", tambah surat berkenaan.

Yellen dipercayai menggunakan ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun Majlis Perniagaan AS-China bagi menggesa China beralih daripada pendekatan yang dipacu negara dalam dasar ekonomi, dengan mengatakan bahawa model itu boleh melemahkan para pelabur.

Yellen berkata lawatannya ke China akan membincangkan keutamaan bidang yang sukar.

Ketegangan antara China dan Amerika Syarikat telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini berhubung isu seperti perdagangan dan keselamatan.

November lalu, Xi telah bertemu dengan rakan sejawatannya, Joe Biden di San Francisco, yang menyaksikan kedua-dua pihak berjaya memulihkan komunikasi ketenteraan dan bersetuju untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara.

Surat Xi turut mengakui pertemuan itu, telah berjaya mencapai konsensus penting dan China bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat selaras dengan prinsip saling menghormati dan kerjasama menang-menang.

Tambah Xi, Terdapat potensi besar, ruang yang luas dan prospek yang menjanjikan untuk mengukuhkan kerjasama perdagangan China-AS," tulisnya.-AFP

"Terdapat potensi besar, ruang yang luas dan prospek yang menjanjikan untuk mengukuhkan kerjasama perdagangan China-AS," tulisnya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD