fb fb fb fb fb

Misi flotila semakin hampiri perairan Gaza

FOTO Reuters

KOUFONISI, 29 September - Kapal Global Sumud Flotilla kini menghampiri Semenanjung Gaza bagi memecahkan sekatan Zionis Israel untuk memasuki wilayah Palestin, menurut penganjur.

"Kami kini berada 307.7 batu nautika dari Gaza," kata Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Sekatan ke atas Gaza.

Salah seorang aktivis memaklumkan, konvoi yang membawa bantuan antarabangsa itu akan tiba esok (30 September) di kawasan yang sebelum ini kapal bantuan Madleen dan Handala dipintas tentera laut Zionis.

Pada 26 Julai lalu, tentera laut Israel memintas kapal bantuan Handala ketika menghampiri pantai Gaza dan mengiringinya ke Pelabuhan Ashdod.

Sekumpulan aktivis menyertai misi itu dari Mediterranean pada Isnin, manakala dua lagi bot menyertai dari Pentadbiran Greek Cyprus dan Turkiye.

Kapal terbesar dalam konvoi itu dijadual belayar pada Selasa dengan membawa 100 orang.

Kapal tentera laut Itali dan Sepanyol mengiringi misi berkenaan.

Tiga lagi negara dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menghantar kapal tentera, namun tidak didedahkan nama negara berkenaan.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN