GAZA, 18 Ogos – Operasi bantuan udara ke Gaza diteruskan pada Ahad meskipun tentera Israel bersiap sedia menguasai sepenuhnya wilayah itu.
Rakaman menunjukkan pesawat kargo tentera menjatuhkan pek bantuan di beberapa kawasan yang dikepung.
Inisiatif diketuai Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui program ‘Birds of Goodness’ bawah operasi ‘Chivalrous Knight 3’, dilaksanakan bersama Jordan dengan penyertaan Jerman, Itali, Belgium, Perancis dan Singapura.
Jumaat lalu, tentera Israel mengumumkan penghantaran bantuan udara pertama secara bersama dengan Singapura, melibatkan 127 pek bantuan daripada tujuh negara.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sehingga kini 61,944 penduduk Palestin terbunuh manakala 155,886 cedera sejak Israel melancarkan serangan pada Oktober 2023. -VIORY