WASHINGTON, 7 September - Microsoft memaklumkan pengguna perkhidmatan Microsoft Azure mungkin mengalami kelewatan capaian berikutan beberapa kabel gentian optik dasar laut putus di Laut Merah.
Menurut kenyataan kemas kini status perkhidmatan Azure, gangguan trafik dijangka berlaku bagi laluan melalui Asia Barat yang berpunca atau berakhir di rantau Asia atau Eropah.
"Kerosakan kabel dasar laut mengambil masa untuk dibaiki. Sehubungan itu, kami akan memantau, mengimbangi semula, dan mengoptimumkan laluan secara berterusan bagi mengurangkan kesan kepada pelanggan. Kami akan terus memberikan kemas kini harian, atau lebih awal jika keadaan berubah," menurut kenyataan itu.
Akibat gangguan tersebut, Azure yang merupakan penyedia perkhidmatan awan kedua terbesar dunia selepas Amazon Web Services (AWS), telah mengalihkan laluan trafik melalui rangkaian alternatif yang menyebabkan kelewatan lebih tinggi daripada biasa.- REUTERS