fb fb fb fb fb

Mexico siap sedia hadapi taufan Hilary

(Foto AFP)

CABO SAN LUCAS, 19 Ogos- Mexico bersiap sedia menghadapi ketibaan taufan Hilary yang dijangka berlaku hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Taufan itu diramalkan membadai di kawasan pelancongan barat laut dan negeri California.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), kelajuan angin Hilary boleh mencecah 230 kilometer sejam. Ia dikategorikan sebagai taufan kategori empat.

Hilary berpotensi menyebabkan berlaku banjir kilat dan ombak tinggi yang boleh mengancam nyawa.


(Orang ramai melihat kesan angin kencang di laut di Acapulco, Negeri Guerrero, Mexico,
berikutan laluan Ribut Tropika Hilary/AFP)

Amaran taufan telah dikeluarkan terutama di kawasan pantai di Baja California Punta Abreojos ke Cabo San Quintin, termasuk kawasan utara ke Ensenada.

Sementara itu, penduduk dan pekerja di Cabo San Lucas memasang papan penghadang, meletakkan guni pasir dan menyimpan perabot sebagai persediaan, menghadapi ombak besar.

"Kami sudah pun terpaksa melalui pengalaman yang sama. Kami tahu apa yang boleh berlaku kepada kami. Kami mesti bersedia dengan makanan, barangan dalam tin dan lilin," kata perkerja restoran, Marlen Hernandez, kepada AFP.

Anggota tentera juga membuat pemantauan pantai di Cabo San Lucas, destinasi popular untuk pelancong Mexico dan asing.

Taufan melanda Mexico setiap tahun di kedua-dua pantai pasifik dan atlantiknya, yang kebiasaanya berlaku antara bulan Mei dan November.-AFP

Media Baharu