fb fb fb fb fb

Jururawat Lucy Letby didapati bersalah bunuh tujuh bayi

UNITED KINGDOM, 18 Ogos - Seorang jururawat Britain didapati bersalah kerana membunuh tujuh bayi baru lahir dan cubaan membunuh enam lagi di Unit Neonatal, sebuah hospital di barat laut England, tempat dia bekerja.

Lucy Letby, 33, disabitkan bersalah membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan di hospital Countess of Chester dan menyerang bayi baru lahir lain.

Kejadian tersebut berlaku selalunya semasa dia bekerja syif malam pada 2015 dan 2016.

Hakim diberitahu tertuduh meracuni beberapa mangsa dengan menyuntik bayi dengan insulin dan yang lain disuntik dengan udara atau susu yang diberi secara paksa.

"Saya sengaja membunuh mereka kerana saya tidak cukup baik untuk menjaga mereka," kata nota tulisan tangan yang ditemui oleh pegawai polis yang menggeledah rumahnya selepas dia ditangkap.

"Saya adalah orang jahat yang mengerikan," tulisnya. "SAYA JAHAT SAYA BUAT INI".

Beberapa bayi yang diserang a adalah kembar. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu