fb fb fb fb fb

Ikan paus ditemukan mati di Peru

(Foto REUTERS)

LIMA, 19 Ogos- Institut Laut Peru (IMARPE) sedang mencari punca kematian seekor ikan paus yang terdampar di pantai Peru, baru-baru ini.

Menurut IMARPE, pihaknya telah mengambil sampel ikan paus lebih empat meter itu yang ditemukan mati di pantai Senoritas, Punta Hermosa.

"Haiwan terbabit ditemukan mati dengan kesan kecederaan di seluruh badan dan ekornya.

"IMPARPE memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mendekati bangkai haiwan tersebut.

"Punca kematian ikan berkenaan masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan- REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu