fb fb fb fb fb

Mexico haramkan penjualan e-rokok

MEXICO CITY, 1 Jun - Mexico mengharamkan penjualan rokok elektronik dan peranti vape lain kerana bimbang mengenai kesan kesihatannya, kerajaan mengumumkan.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata adalah "pembohongan" untuk mendakwa bahawa e-rokok adalah alternatif yang selamat untuk menyedut asap tembakau.

"Wap itu juga berbahaya untuk kesihatan," tambah Lopez Obrador, yang menandatangani dekri yang memperkenalkan larangan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Beliau menunjukkan peranti vape merah jambu untuk menggambarkan bagaimana produk itu bertujuan untuk menarik minat golongan muda.

"Lihat warna, reka bentuk, " kata Lopez Obrador.

Pihak berkuasa Mexico City sementara itu mengumumkan bahawa perbuatan merokok tanpa mengira jenis akan dilarang di Dataran Zocalo, dan kawasan sekitar di daerah bersejarah yang sibuk itu.

(Foto fail)

Dewan Bandaraya berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan.

Merokok telah diharamkan di ruang tertutup, pejabat kerajaan, kedai, bar dan restoran selama lebih sedekad, dengan pengecualian kepada tempat hiburan tertentu.

Mexico melarang import dan eksport peranti dan kartrij vape sejak Oktober lepas.

Lebih 30 negara telah mengharamkan penjualan rokok elektronik. -AFP

Media Baharu