fb fb fb fb fb

Meta, Microsoft, X dan Match Group berang Apple kenakan caj berlebihan pada pembelian aplikasi

FOTO HIASAN

SAN FRANCISCO, 21 Mac- Meta, Microsoft, X dan gergasi temu janji dalam talian Match Group 'menyerang' Apple pada Rabu kerana mengenakan caj berlebihan pada pembelian aplikasi.

Empat syarikat itu memfailkan taklimat 'amicus' bersama di mahkamah California yang bertanggungjawab memohon keputusan bahawa Apple mesti membenarkan syarikat memautkan kepada pilihan pembayaran alternatif di luar gedung aplikasi untuk pengguna iPhone.

Tindakan itu terdorong daripada tuntutan mahkamah pada 2020 oleh gergasi permainan video Epic Games, yang telah menentang Apple di mahkamah di seluruh dunia selama bertahun-tahun atas dasar ketat kedai aplikasinya.

Apple mengambil potongan sebanyak 30 peratus ke atas semua transaksi kewangan di kedai aplikasinya, menyebabkan banyak aduan mengenai cukai yang tidak adil kepada syarikat.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE