fb fb fb fb fb

'Little Rascals' rompak bank, tiga budak bawah umur ditahan

FOTO FBI

HOUSTON, 21 Mac- Tiga budak lelaki masing-masing berusia 11, 12 dan 16 tahun yang digelar 'Little Rascals' oleh FBI telah ditangkap kerana merompak sebuah bank di Texas.

Pejabat FBI di Houston menerusi satu catatan di X, memaklumkan ketiga-tiga budak lelaki itu telah didakwa atas rompakan dan ugutan.

Kesemua mereka telah ditahan pada Selasa.

FBI turut mengeluarkan gambar suspek juvana itu ketika melakukan rompakan pada 14 Mac sambil menambah pada kasyen "percaya atau tidak, mereka baru sahaja merompak Wells Fargo."

Stesen TV tempatan KTRK memetik Pejabat Sheriff Harris County sebagai berkata kanak-kanak itu telah memberikan nota ugutan kepada juruwang bank dan melarikan diri dengan berjalan kaki dengan jumlah wang tunai yang tidak didedahkan.

Pejabat Sheriff Harris County turut memaklumkan dua daripada suspek itu yang tidak memakai topeng semasa rompakan itu diserahkan sendiri oleh ibu bapa masing-masing kepada pihak berkuasa.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE