fb fb fb fb fb

Merz dipilih sebagai Cancelor baharu Jerman

Pemimpin konservatif Jerman Friedrich Merz dipilih oleh ahli Parlimen sebagai canselor baharu negara itu.-Foto AFP

BERLIN, 1 Mei - Pemimpin konservatif Jerman, Friedrich Merz, dipilih sebagai Canselor baharu dalam cabaran sengit pusingan kedua undian Parlimen, selepas kekalahan mengejut dalam pusingan pertama.

Merz, 69, meraih majoriti mutlak 325 undi berbanding 289 dalam undian rahsia di Dewan Rendah Parlimen, sekali gus menjadi pemimpin ekonomi terbesar Eropah.

Kemenangan Merz dicapai selepas kekalahan pertama dalam sejarah pasca Perang Dunia II Jerman, yang menunjukkan ketidakpuasan dalam gabungan politiknya.

Merz akan mengetuai kerajaan gabungan antara Kesatuan Demokratik Kristian (CDU), Kesatuan Sosial Kristian (CSU) dan Parti Demokratik Sosial (SPD), yang dipimpin oleh bekas canselor Olaf Scholz.

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, melantik Merz sebagai canselor ke-10 negara itu, dengan lawatan pertama dijangka ke Paris dan Warsaw pada Rabu.-AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN