fb fb fb fb fb

Menteri Ukraine lawat India, pertingkat kerjasama

FOTO AFP

NEW DELHI, 8 April- Timbalan Menteri Luar Negeri Ukraine, Emine Dzhaparova dijangka akan melawat India mulai esok.

Lawatan tersebut merupakan rundingan bersemuka pertama antara kedua-dua negara sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, tahun lalu.

Menurut kenyataan kerajaan India, Dzhaparova dijadual mengadakan perbincangan dengan salah seorang anggota kanan kementerian luar negeri India.

"India berkongsi hubungan kerjasama pelbagai segi dengan Ukraine dan lawatan itu akan menjadi satu kesempatan untuk persefahaman dan kepentingan bersama lebih lanjut," tambah kenyataan kementerian luar.

Bagaimanapun, tidak ada petunjuk bahawa Dzhaparova akan bertemu dengan Perdana Menteri, Narendra Modi atau menteri daripada kerajaannya.

Rusia merupakan rakan dagangan India dalam pembelian aspek pertahanan dan minyak, selain turut mengimbangi hubungan diplomatik bersama negara-negara barat lain.

Hubungan keselamatannya yang telah lama terjalin dengan Rusia telah meletakkan New Delhi dalam kedudukan diplomatik yang janggal.


(FOTO AFP)

India sebelum ini menggesa Rusia untuk menamatkan pertikaian dengan Ukraine, bagaimanapun enggan mengutuk berlebihan terhadap pencerobohan itu.

Walaupun India telah berhenti mengecam pencerobohan itu secara terbuka, Modi memberitahu Presiden Rusia, Vladimir Putin tahun lalu bahawa ini "bukan masa untuk berperang" dalam komen yang dilihat sebagai teguran kepada Moscow.

Laporan akhbar The Hindu pada hari Sabtu mengatakan Dzhaparova akan bertemu dengan media dan badan pemikir di New Delhi dalam usaha membina sokongan untuk Ukraine.

"Dia juga berkemungkinan menjemput Modi untuk melawat Kiev," menurut kenyataan akhbar The Hindu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin melawat India pada Julai untuk sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai, lawatan pertamanya ke negara sekutu Rusia sejak Disember 2021.- AFP

Media Baharu