fb fb fb fb fb

Ribut ais di Kanada ragut tiga nyawa

FOTO REUTERS

MONTREAL, 8 April- Tiga individu maut setakat ini dalam kejadian ribut ais yang melanda Montreal, Kanada.

Perdana Menteri, Quebec Francois Legault berkata mangsa terbaru meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida selepas mangsa menggunakan penjana mudah alih di dalam rumah.

Dua lagi mangsa meninggal dunia akibat dihempap pokok melibatkan seorang warga emas berusia 60 tahun.

Sementara itu, kira-kira 400,000 kediaman di bahagian timur Kanada masih terputus bekalan elektrik akibat kejadian ini.

Jurucakap tempatan, Regis Tellier berkata pihaknya berjaya memulihkan kuasa kepada lebih 50 peratus pelanggan yang terjejas.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu