fb fb fb fb fb

Menteri Georgia sahkan 18 mayat ditemui, dua masih hilang di lokasi nahas pesawat tentera Turkiye

Anggota pasukan kecemasan menjalankan operasi di lokasi nahas pesawat kargo tentera Turkiye C-130 berhampiran sempadan Azerbaijan, di perbandaran Sighnaghi, Georgia/ REUTERS

TBILISI, 12 November - Menteri Dalam Negeri Georgia, Gela Geladze memaklumkan bahawa 18 mayat telah ditemui di lokasi nahas pesawat kargo tentera Turkiye jenis C-130 di wilayah timur negara itu pada Rabu.

Menurut Geladze, dua lagi mangsa masih belum ditemui, dan usaha mencari diteruskan oleh pasukan penyelamat di kawasan pergunungan dalam perbandaran Sighnaghi, daerah Kakheti, timur Georgia.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media di lokasi kejadian yang kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa.

Pihak Kementerian Pertahanan Turkiye sebelum ini mengesahkan bahawa 20 anggota tenteranya terkorban dalam nahas berkenaan.

Pesawat berkenaan dilaporkan hilang dari radar sebelum terhempas ketika dalam penerbangan dari Trabzon, Turkiye menuju ke Tbilisi untuk misi logistik tentera.

Pihak berkuasa Georgia dan Turkiye kini bekerjasama rapat bagi menyiasat punca sebenar nahas tersebut. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN