fb fb fb fb fb

Menteri Delhi mogok lapar tuntut bekalan air disalurkan ke bandar

2.8 juta orang di bandar New Delhi merayu untuk mendapatkan setitik air/Foto Reuters

NEW DELHI, 25 Jun - Seorang menteri di India melancarkan mogok lapar untuk menuntut lebih banyak bekalan air di New Delhi.

Ini berikutan paip air di beberapa kawasan termiskin hampir kering akibat cuaca panas melampau.

Setakat semalam, mogok lapar yang dilancarkan oleh Menteri Air Delhi, Atishi sudah memasuki hari keempat.

Katanya, 2.8 juta orang di bandar itu merayu untuk mendapatkan setitik air.

Gelombang haba yang berpanjangan pada tahun ini memburukkan lagi krisis itu termasuk di Delhi dan pusat teknologi selatan Bengaluru.

Setiap musim panas permintaan air meningkat di ladang, pejabat dan kawasan kediaman sehingga menyebabkan berjuta-juta penduduk di India menghadapi kekurangan air.

Pakar berkata, kajian semula di peringkat Persekutuan berhubung perjanjian perkongsian air selama beberapa dekad perlu dilakukan untuk menampung pertambahan penduduk.

Delhi, sebuah bandar raya dengan 20 juta penduduk merupakan antara ibu negara yang paling padat penduduk di dunia, dengan kejiranan mewah hanya beberapa kilometer dari kawasan kelas bawahan yang tidak dirancang.- REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN