fb fb fb fb fb

Menjelang 2035 lebih separuh penduduk dunia alami obesiti

(FOTO hiasan REUTER)

LONDON, 2 Mac - Menjelang 2035 satu laporan baharu mendedahkan lebih separuh daripada penduduk dunia akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Menurut Atlas Persekutuan Obesiti Dunia 2023, organisasi itu meramalkan dalam tempoh 12 tahun akan datang dalam 51 peratus daripada penduduk dunia atau lebih empat bilion orang akan mengalami obesiti atau berat badan berlebihan.

Presiden Persekutuan Obesiti Dunia, Louise Baur berkata, kadar obesiti meningkat dengan cepat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan di negara berpendapatan rendah.

Baur menyifatkan data itu sebagai 'amaran jelas' dan menggesa penggubal dasar perlu bertindak mulai sekarang untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Menyifatkan data itu sebagai "amaran jelas", Presiden Persekutuan Obesiti Dunia, Louise Baur, berkata bahawa penggubal dasar perlu bertindak sekarang untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

"Amat membimbangkan untuk melihat kadar obesiti meningkat paling cepat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

"Kerajaan dan penggubal dasar di seluruh dunia perlu melakukan semua yang mereka mampu untuk mengelak menyalurkan kos kesihatan, sosial dan ekonomi kepada generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

(FOTO hiasan REUTER)

Lebih membimbangkan, laporan itu mendapati obesiti kanak-kanak boleh lebih daripada dua kali ganda daripada paras 2020, kepada 208 juta lelaki dan 175 juta perempuan menjelang 2035.

Bagaimanapun, penulis berkata mereka tidak menyalahkan individu, tetapi menyeru tumpuan kepada faktor masyarakat, alam sekitar dan biologi yang terlibat dalam keadaan itu.

Laporan itu menggunakan indeks jisim badan (BMI) untuk penilaiannya, nombor yang dikira dengan membahagikan berat badan seseorang dalam kilogram dengan ketinggian mereka.

Pada 2020, 2.6 bilion orang termasuk dalam kategori berat badan berlebihan atau obesiti iaitu 38 peratus daripada populasi dunia. 

Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, skor BMI melebihi 25 adalah berat badan berlebihan dan lebih 30 adalah obes.

Hampir semua negara dijangka menyaksikan peningkatan terbesar dalam obesiti pada tahun-tahun akan datang adalah negara berpendapatan rendah atau sederhana di Asia dan Afrika menurut laporan itu lagi.

Pada minggu hadapan, data itu akan dibentangkan kepada penggubal dasar dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - REUTERS

Media Baharu