fb fb fb fb fb

Menara Eiffel ditutup, pelawat kecewa

FOTO REUTERS

PARIS, 19 Februari - Menara Eiffel destinai pelancongan dunia ditutup pada Isnin selepas kakitangan melancarkan mogok kerana protes terhadap cara pengurusan monumen itu daripada segi kewangan yang mengecewakan pekerjanya.

Mogok itu berlaku ketika Paris sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2024 yang bermula pada 26 Julai depan.

Pelawat hanya boleh berdiri di luar halangan kawasan menara di hadapan skrin gergasi dan tidak berpuas hati atas tindakan itu,

"Ia amat memalukan, sungguh, kerana kami datang hanya untuk tiga hari, dan kami tidak dapat melihatnya," kata Nelson Navarro, dari Norfolk, England.

Vito Santos dari Kanada, telah merancang untuk melawat semula monumen itu setelah 15 tahun lalu ketika dia berbulan madu dan kini membawa anak-anaknya untuk melihat monomen itu.

"Ia mengecewakan... Rancangannya adalah untuk datang ke sini sangat awal untuk mendapatkan tiket seawal mungkin. Namun, ia mengejutkan kami, ada mogok, jadi kami tidak boleh membuat jelajah," katanya.

Kesatuan mendakwa Dewan Bandaraya Paris, yang memiliki 99% syarikat menyelia menara itu, Societe d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) tidak mengeluarkan kos penyelengaraan yang sepatutunya menjelang Sukan Olimpik.

Ini seterusnya boleh mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dijalankan dengan baik dan memberi risiko kepada pelawat.

Ini merupakan mogok kali kedua untuk tahun ini, atas sebab sama.

Menara besi tempa setinggi 324 meter (1,063 kaki), yang dibina oleh Gustave Eiffel pada akhir abad ke-19, menerima kira-kira enam juta pelawat setiap tahun. - REUTERS

TETITIA YUSOFF