LAUTAN ATLANTIK, 11 Julai - Seorang jurulatih ski merakam detik berharga melihat sekumpulan besar ikan paus ketika pelayaran solonya di 100 batu nautika di luar pantai Newfoundland, Lautan Atlantik.
Tom Waddington merakam rakaman lebih daripada 1,000 paus pilot sambil mengelilingi botnya, dilaporkan menggoyang-goyangkannya ketika sekumpulan mamalia itu melintas.
Reuters mengesahkan tarikh dan lokasi daripada maklumat yang diberikan oleh jurucakap media sosial sumber itu.
Waddington, yang melakukan perjalanan sejauh 2,000 batu nautika dalam usaha mengumpul dana untuk badan amal kesihatan mental Mind, melahirkan rasa kagum dan tenang ketika detik menakjubkan di laut itu.
"Saya berada dalam dua jam sekarang, dengan beribu-ribu ikan paus ini. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Mereka akan melanggar bot. Sata teruja dan tidak percaya. Ia pemandangan yang menakjubkan tetapi juga begitu, sangat menakutkan." kata Waddington.
"Ini sangat mengejutkan. Sekumpulan ikan paus baru sahaja datang mengelilingi bot, saya sukakannya tetapi saya takut mereka akan melanggar kemudi saya. Mereka sangat dekat. Saya boleh mendengar mereka, mereka meletupkan buih. Ia sangat menarik. Saya telah melihat banyak ikan paus, mereka datang untuk menyapa saya," katanya lagi. - REUTERS