fb fb fb fb fb

Beberapa laman web kerajaan Macau digodam

Foto hiasan REUTERS

BEIJING, 11 Julai- Polis melancarkan siasatan jenayah untuk mengesan punca beberapa laman web kerajaan Macau digodam, lapor media negara China lewat Rabu.

Pegawai Keselamatan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Macau berkata, beberapa laman web telah digodam, termasuk pejabat setiausaha keselamatan, polis keselamatan awam, jabatan bomba dan biro perkhidmatan pasukan keselamatan, menyekat perkhidmatan.

Menurut laporan CCTV pegawai percaya sumber pencerobohan adalah dari luar negara. Bagaimaapun tiada butiran atau maklumat lain tersedia serta-merta.

Pihak berkuasa menjalankan respons kecemasan bersama-sama pengendali telekomunikasi bagi memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin, kata laporan itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI