ISLAMABAD, 11 Julai-Pakistan akan melanjutkan tempoh kad pendaftaran selama setahun kepada 1.5 juta pelarian Afghanistan kata Perdana Menteri negara itu pada Rabu.
Keputusan berkenaan dicapai selepas Suruhanjaya bagi Pelarian (UNCHR) agar menhentikan sementara rancangan Pakistan bagi menghantar semula pelarian Afghanistan kembali ke negara asal.
Namun, Kementerian Luar Pakistan berkata mereka akan tetap meneruskan pelan penghantaran pulang seperti yang telah dirancang.
Keputusan tersebut menimbulkan persoalan berhubung pemegang kad Bukti Pendaftaran (PoR) yang tamat tempoh pada Jun yang mengecualikan pemegang daripada sebarang pengusiran di masa depan.
"Kabinet menerima cadangan melanjutkan tempoh pemegang kad (PoR) kepada seramai 1.45 juta pendatang Afghanistan yang tamat pada Jun lalu", kata Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan.
Kad pendaftaran berkenaan yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai dokumen pengenalan diri 'kritikal' kini sah sehingga Jun 2025.
Islamabad mula mengusir warga asing tanpa izin, kebanyakannya warga Afghanistan, pada November tahun lalu selepas menuduh Afghanistan menyimpan militan Islam Pakistan.
Namun tuduhan berkenaan dinafikan oleh Taliban.-REUTERS