fb fb fb fb fb

Media dan ahli politik AS ambil kesempatan insiden belon- Beijing

(Belon milik China yang dikesan di barat laut Amerika Syarikat / TWITTER)

BEIJING, 4 Februari- Beijing berkata media dan ahli politik Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan daripada dakwaan bahawa China menerbangkan belon penginti di barat laut negara itu.

Penemuan belon itu mendorong Setiausaha Negara AS Antony Blinken untuk menangguhkan lawatannya ke Beijing.

Beberapa saat sebelum keputusan membatalkan lawatan itu yang bertujuan meredakan ketegangan antara kedua-dua negara, China mengeluarkan kenyataan "menyesal dengan insiden tersebut" dan menyalahkan angin kerana belon berkenaan ke ruang udara AS.

Pada Sabtu, kementerian luar China mengeluarkan berhubung pengumuman pembatalan lawatan Blinken.

"China tidak pernah melanggar wilayah dan ruang udara mana-mana negara berdaulat," katanya.

"Sesetengah ahli politik dan media di Amerika Syarikat menggunakan insiden belon itu sebagai alasan untuk menyerang dan memburuk-burukkan China."

Kementerian itu berkata, mengekalkan saluran komunikasi di semua peringkat adalah penting, "terutama dalam menangani beberapa situasi yang tidak dijangka dengan cara yang tenang dan boleh dipercayai".

Kenyataan itu turut menambah mengenai lawatan Blinken.

"Sebenarnya, China mahupun Amerika Syarikat tidak mengumumkan sebarang lawatan.

"Ia adalah keputusan Amerika Syarikat sendiri untuk mengeluarkan maklumat yang berkaitan dan kami menghormatinya." -AFP


(Setiausaha Negara AS Antony Blinken / AFP)

Media Baharu